SUMBER UTAMA UNDANG-UNDANG

Di kebanyakan negara di dunia, undang-undang yang tertinggi ialah dalam bentuk Akta Parlimen. Di peringkat kerajaan negeri dan tempatan pula terdapat undang-undang seperti undang-undang negeri dan undang-undang kecil. Di bawahnya pula ialah satu sumber undang-undang yang dikenali sebagai “Common Law” yang berasal dari United Kingdom dan lazimnya digunakan di negara-negara Komanwel. Selain itu, di negara-negara Islam terdapat pula undang-undang syariah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Sumber undang-undang yang lain termasuklah adat istiadat dan agama.
Sistem perundangan yang utama di dunia
Terdapat beberapa sistem undang-undang di dunia, di antaranya ialah:
Sistem perundangan Common Law
Sistem perundangan Common Law adalah tradisi Inggeris berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang dulu mengikat kes-kes seterusnya dengan pengamalan doktrin stare decisis. Perlulah difahami bahawa istilah Common Law adalah istilah teknikal dan bukan merujuk kepada makna literal. Sistem ini sekarang diamalkan di Ireland, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Kanada (tidak termasuk Quebec), dan Amerika Syarikat) (negeri Louisiana menggunakan kedua-dua common law dan sistem perundangan sivil Napoleon). Sebagai tambahan, negara-negara lain seperti Malaysia, Pakistan, India dan Nigeria beroperasi berdasarkan campuran common law dengan undang-undang adat istiadat dan agama tempatan.
Sistem perundangan sivil
Sistem perundangan sivil adalah undang-undang berkod yang mengunakan satu sistem peraturan komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim. Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil.
Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka konsepnya perlulah dibezakan dengan istilah undang-undang sivil (yang merujuk kepada jenis undang-undang)di dalam sesebuah negara.Sistem perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan yang berasal daripada sistem perundangan Roman. Sistem perundangan ini diamalkan di kebanyakan negara Eropah. Manakala istilah undang-undang sivil (yang bukan merujuk kepada sistem) adalah merupakan undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya. Selalunya undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat dibezakan dengan undang-undang jenayah.
Pembezaan paling ketara sistem perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara lazimnya, hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi bukan kes-kes duluan, kecualilah satu perkara yang serupa telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih agung. Tetapi sebagai satu pengamalan yang praktikal, mahkamah-mahkamah biasanya mengikut keputusan mereka yang lalu. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem perundangan sivil (sebagai contoh di Jerman), tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat keatas mahkamah-mahkamah.
Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus adalah kodifikasi dalam bentuk kod sivil, tetapi di sesetengah bidang seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan. Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah. Kebanyakan sistem moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi abad ke-19. Kod sivil ramai negara, terutama bekas jajahan Perancis dan Sepanyol menyerupai Code Napoléon dalam sesetengah hal tetapi tidak untuk kawasan Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan negara-negara Asia timur. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain.
Kepentingan Code Napoléon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undang-undang koperat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.
Sistem perundangan adat
Undang-undang adat istiadat adalah sistem perundangan yang telah berkembang mengikut acuannya sendiri dalam sesebuah negara dan telah diadaptasikan mengikut keperluan satu budaya. Notakan juga bahawa undang-undang adat juga boleh relevan dalam bidang kuasa mengikut tradisi perundangan lain dalam bidang atau sesuatu bidang perundangan dimana tiada enakmen legislatif yang wujud. Sebagai contoh, di Austria, para cendakiawan undang-undang khusus sering berkata bahawa undang-undang adat terus wujud, manakala cendakiawan undang-undang umum mempertikaikan dakwaan ini. Walau bagaimanapun, mencari contoh yang relaven dari segi praktikal adalah susah.
Sistem perundangan agama
Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama keatas kawalan agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi. Sistem yang paling dominan yang berbentuk begini adalah Syariah atau undang-undang Islam. Pada hari ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain, sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan pembahagian harta.
Halakha atau undang-undang Yahudi diikuti pengikut orthodoks dan pengikut konservatif Yahudi (dalam bentuk berbeza mengikut mazhab) dengan berkait kedua-dua segi agama disamping segi sivil. Akan tetapi berbeza dengan Syariah, tiada negara di dunia kini yang mengamalkan undang-undang Halakha dengan sepenuhnya, termasuklah Israel sendiri.
Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi) serta undang-undang pentadbiran.
Sistem perundangan Sosialis
Sistem perundangan Sosialis (kadangkala dirujuk sebagai sistem perundangan Komunis) pula telah diamalkan di kebanyakan negara-negara komunis seperti bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan China akan tetapi sama seperti ideologinya semakin pudar dan lenyap ketulenannya. Kedua negara yang disebut ini kini lebih cenderung kepada perundangan sivil seperti kebanyakan negara lain.

REFERENSI :
http://www.google.com

Tinggalkan komentar

Filed under ASPEK HUKUM DALAM EKONOMI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s